Pembukaan Semula Pusat Internet Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) 2020
18 Mei 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei hingga 17 Mei 2020, Pusat Internet Bukit Besar telah melakukan kerja sanitasi, nyah cemar dan penyediaan SOP di tempat kerja kerana Pembukaan Semula Pusat Internet Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) 2020.
Staf melakukan kerja sanitasi dan membasmi kuman di PC, meja, kerusi & peralatan PI serta memberi lebih tumpuan di kawasan yang kerap disentuh. Selain itu, staf harus memastikan penutup muka, pembersih tangan dan alat pengimbas suhu atau thermal scanner tersedia sebelum 18 Mei 2020. Kesemua kaedah pencegahan dan SOP yang diberikan harus dipatuhi staf dan pelanggan PI bagi memastikan tiada risiko penularan COVID-19 yang mungkin timbul di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: